Friday 27 February 2015

Huwaa!!! Result SPM dah nak diumumkan!! eotteoke???

Assalamualaikum w.bt....
Cewah, panjang salam yang diberi...lebih afdal gitu..apa lagi? Jawab jgn tak jawab.
Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia juga.

Oklah, kalau korang baca tajuk entri ni (eh, ada ke orang yang baca entri ni? Haha..lantak le..janji hidup bahagia), mesti korang pelik sebab nada kuta mcm meraung kan? Haha, bukan apa...lagi tiga hari je ni, nak dapat result SPM atau nama famous dia espiyem....kelas gitu....

3 Mac 2015....krik krik...hihi...senyap sebentar di situ. Berdebar-debar je tunggu tarikh tu. Ala, cepat tul masa ni berlalu. Memang betul kata orang, masa takkan menunggu kita. Huwaa!!! *meraung lagi..kihkih*

Result SPM ni memang boleh buat kita cuak giler2 kan? *eh, cuak ke giler? Abaikan...* dulu, masa nak spm, dah cuak dulu dah. Ni nak amik result pun cuak gak...huhu..apalah result kite nanti ek? Wonder.... of coz semua yang menghadapi spm ni mengharapkan result yang cemerlang n super dupwr gempak kan? Begitu juga dgn diri ini. Walaupun kita tahu, usaha untuk dpt straight A's tu x sebanyak org lain. Tapi, at least kite study lebih berbanding exam2 lain. Menjadi salah seorang pelajar target mmg membebankan...*bukan nak berlagak ok...* , expectation orang lain terhdp diri kita sgt tinggi. Esp, ibu bapa n guru2.

Dari dulu kita tak minat betul jadi pelajar target ni. Asyik jadi sasaran je...ahaks!! Oh, dah banyak betul kite membebel.berbalik pada result spm, cuak yg amat. Yelah, aritu kawan kita kata resultnya dah sampai kat bilik kebal. Oh no! Scary meh. Apa2 pun, tiada apa2 lagi yg dpt dilakukan melainkan terua berdoa, bertawakkal, berdoa dan bertawakal lagi tanpa jemu. Dengan izin Allah, korang akan dapat result yg bagus.

Oklah, sampai sini dulu entri kali ni. Kepada sesiapa yang sudi membaca entri berjela ni, thanks a lot! Sebab, blog kita x popular cm blog lain.

*apapun, doakan kita n kawan2 kita dapat result yang cemerlang n super duper gempak, flying colours n seantara dengannya. Amin~~~~dengan izin Allah.

bye, anyeong, sayonara, assalamualaikum....

#COUNTDOWN4SPM2014RESULT
#KITACUAKSGT2NI
#MOGADAPATRESULTYGCEMERLANG

Thursday 17 January 2013

Rakyat Malaysia yang Prihatin...

Isnin- 14 Januari 2013

Masa balik dari sekolah, motor yang ditunggang mak saya dan saya telah rosak di tengah jalan. Tayarnya tak pancit pun. Tapi, mak saya cakap, gearnya tak nak masuk. Saya pun tak berapa nak faham sebab saya bukannya pandai bawa motor pun...Tapi setelah diperhatikan, baru kitaorang perasan yang rantai motor tu dah tak ada...Itulah puncanya motor tu tak nak hidup...Lepas tu mak saya call budak2 bengkel...sementara menunggu, kitaorang tuntun lah motor tu agak jauh gak...dalam 1 km....penat tu...dahlah baru balik dari sekolah...Tapi, problem ngan motor tu bukan point utamanya...Yang saya nak cerita kat sini ialah kebaikan dan keluhuran budi orang-orang yang prihatin nak membantu kitaorang...

-First, ialah seorang lelaki lingkunagn 20-an (bujang kot) yang memberhentikan motornya berhampiran kami serta bertanyakan masalah kami...Dia menawarkan pertolongan untuk menghantar saya ke rumah kerana rumahnya berdekatan dengan kampung saya tapi saya menolak (kerana kurang kepercayaan kepada abang tersebut)...mak saya cakap abang tu mesti berniat baik, tapi saya risau jika ia adalah sebaliknya..oleh itu, saya menolak...dan abang tersebut pun berlalu pergi...

-Second, seorang Pak imam kampung berselisih dengan kami dan bertanyakan masalah kami. mak saya cakap tak ada apa-apa masalah dan pak imam tersebut juga pergi.

-Third, seorang lelaki (lingkungan 20-an dan mungkin juga masih bujang-handsome-suara sedap-menunggang motorsikal)...
dari jauh abang tersebut memberi isyarat 'thumbs-up' sama ada kami ada masalah atau tidak...disebabkan mak saya berfikir yg abang itu berkemungkinan ialah budak2 bengkel yg mak saya call, jadi mak saya pun memberi isyarat kepada abang tersebut agar datang kepada kami...abang tu pun terus membuat pusingan u-turn dan menghampiri kami...ternyata abang tersebut bukanlah budak bengkel...dy bertanya jika motor kami ada masalah dengan minyak, dia kan belikan dahulu...tetapi, disebabkan rantai motor yang hilang, dia pun x boleh bantu apa2...dia pun pergi...

-fourth, seorang pakcik yg ingin menawarkan pertolongan tetapi ditolak oleh kami...

-fifth, seorang pakcik yg juga merupakan kenalan mak saya bertanyakan keadaan kami...dy ingin pergi memancing, oleh itu mak saya cakap kami sedang menunggu budak-budak bengkel...

kesimpulanya, rakyat Malaysia ni semuanya baik2...sepanjang tempoh tersebut, terdapat juga pemandu2 yg ingin membantu (berkemungkinan) tetapi mereka hanya memperlahankan kereta tetapi tidak berhenti..ada juga yang hanya memberi 'hon'...

apa-apapun   terima kasih kepada makhluk-makhluk llah yang sudi memberikan bantuan kepada kami ketika dalam kesukaran...

Sunday 17 June 2012

bulan Jun sudah tiba!!! ini bermakna demam Euro pun bermula....
utk Euro 2012 ni...aq sokong belanda...tapi memandangkan Belanda dah kalah, aq akan sokong Sepanyol plak....
hoho....gembiranya rasa hati ini....Lee Yong Dae-Jung Jae Sung menang lagi di Terbuka Indonesia 2012....inilah yang aq harap-harapkan...nak sokong Malaysia tapi malaysia dah kalah di separuh akhir (tan Boon Heong-koo Kien keat)....anyway, sebab Dato' Lee chong wei x main, aq pun sokong beregu Korea (sebab aq minat Lee Yong Dae) yg handsome tu...

Result PRA-PMR 2012...

hmmm...result kali ni x begitu memuaskan dan tidak mencapai target....agak kecewa tapi dah terlambat utk menyesal...berbanding pra-pmr 1 & pra-pmr 2, saya dapat 8A . Tapi dalam Pra-PMR stgh tahun hanya dapat 6A2B...tapi pencapaian tersebut bolehlah dikatakan bagus walaupun prestasi agak menurun...jealous dengan kawan sekelas (ummi) yg dapat 8A....apa-apa pun tahniah pada ummi sebab dapat result yg bagus...lagi satu tahniah pada suraya yang dapat markah Matematik paling tinggi...orgnya kecil je tapi result boleh tahan Da Bomb!!!

Monday 19 March 2012

Top List of My Favourite Atheletes!!!

assalamualaikum dann selamat sejahtera semua....
hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang atlet-atlet yang saya minati....

*Lee Yong Dae (Badminton Korea)
-masa mula-mula saya lihat dia bermain, saya mula tertarik dengan kecekapannya dalam gelanggang. Pada masa itu saya lihat dia bermain di Sukan Olimpik Beijing 2008. Masa tu, dia pemain perseorangan. Lepas tu, memang terus admirer dia sampai sekarang. Tapi, sekarang dia lebih tumpu kepada beregu lelaki. Walaupun sekarang dia dah main beregu, aq masih admirer dia. sebab, permainannya masih cekap macam dulu.dia sekarang berpasangan denagn Jung Jae Sung (beregu lelaki). Baru-baru ni, dyorg memenangi Kejohanan All England 2012.

*Fadhli Shas (Bola Sepak Malaysia)
-posisi: pertahanan tengah (selalunya bergandingan dengan Muslim Ahmad)....
-aq perasan dia ni waktu dia bermain dengan skuad kebangsaan di Piala Suzuki AFF. aq pasti ramai atau tidak yang mengenalinya, tapi cara dia bermain...perghh...terbaik...walaupun muda tp tetap power mcm pemain berpengalaman....HARIMAU MALAYA!!!





*Dato' Lee Chong Wei (Badminton Malaysia)
-pemain yg sgt tenang ketika berada di gelanggan...aq paling suka kalau dy lawan Lin Dan tapi rasa takut pula nak tengok perlawanan tu sebab x yakin sama ada dy boleh menang atau tidak..baru-baru ni Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan...tp aq x kisah sgt sebab aq tau dy kalah sbb dy tarik diri...bg aq, daripada dy paksa diri utk bermain, lebih baik dy fokus kpd Sukan Olimpik London tahunn ni (2012)...dapatkan pingat emas....Malaysia Boleh!!!apa-apa pun aq masih sokong Dato' Lee Chong Wei sampai sekarang bermula dari Sukan Olimpik Beijing 2008. masa tu mula-mula aku minat giler dengan sukan badminton. so, sekarang sukan badminton merupakan sukan utama pilihan ku!!!

-tanpa sedar, atlet-atlet yang aku tulis ni semuanya atlet lelaki......tapi, itulah hakikatnya....